LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Monday, January 2, 2012

KALA AKU TERJATUH...DIA MENGHULUR

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu....
Syukur dan alhamdulillah....kerana hari ini Allah beri kelapangan kepada ana untuk mencoret sedikit lukisan hati....

PERGINYA 2011...DATANGNYA 2012...

Alhamdulillah...hari ni merupakan hari ke-3 pada bulan pertama pada tahun ini....ini menandakan perginya memori...datangnya lakaran mimpi yang telah dipahat untuk dicapai pada tahun ini....

Mari kita berdoa agar lakaran mimpi menjadi realiti agar kita menjadi makhluk yang paling dicinta Ilahi...

Hari ini ana hanya ingin melakar sedikit memori-memori 2011 dan melakar azam dan mimpi utuh untuk 2012....

Pada sepanjang 2011...banyak hal-hal dan perubahan yang berlaku pada ana....
Hanya satu yang ana mahu kongsikan di sini iaitu....AKU DITARBIYYAH....

Alhamdulillah dan syukur pada Allah atas kasih sayang yang Dia anugerahkan pada ana kerna telah memilih dalam jutaan hamba-hambanya ana merupakan salah seorang hamba-hambanya yang terpilih untuk ditarbiyyah....

Ha....mungkin ada yang berkerut dahi dengan maksud tarbiyyah....

Tarbiyyah berasal daripada perkataan Arab yang bererti pendidikan.....

Aik...mesti ade yang tertanya-tanya lagi...selama ni hang x pernah dapat pendidikan ka???

Ana sememangnya telah dan dalam proses pendidikan....tapi tarbiyyah adalah proses pendidikan untuk mengenal Allah dan mengetahui segala suruhan dan larangannya.....

Selama ini memang ana menerima pendidikan agama ,tidak dinafikan tetapi ana masih merasa ade kekosongan dalam jiwa yang meronta-ronta minta diisi....ana tahu suruhan dan larangan Allah pada setiap hamba-hambanya...tapi hati ana tak puas.......ana masih mahu mencari dan mengisi permintaan hati....

Akhirnya pada hujung 2010 ana dipertemukan dengan murobbiah ana....tapi time ni ana asasi lagi...so ikut halaqoh pown x berapa nak solid....masih ade kemalasan untuk berkorban...masih x berapa padu keyakinan pada ayat-ayat dan janji2 Allah...

Dan bertambah parah bila ana ade 2 halaqoh....nah amik kau...
Ana ingat lagi kata murobbiah ana...budak2 yang ade 2 halaqoh ni sebenarnya budak2 yang baik...yang sukakan kebaikan...ececeh..kembang pulak ana dengar.....x de lah..main jer...=)

Tapi kita x bolehlah nak bawa dua-dua yang mana pada mulanya kita rasakan kita mampu conduct dua-dua...lagi2 bila halaqoh x pernah clash.....Tapi..cuba antunna bayangkan bila antunna pegang dua mazhab daripada 4 mazhab yang ade.....x ke pening nanti...mazhab ni kata yang ni boleh...mazhab yang satu lagi kata x boleh..habis 2 antunna nak ikut yang mana...x ker bleh mereng kalau macam 2...

Memang dua-dua mazhab itu x salah dan x dosa...tapi kan ia akan menimbulkan kekeliruan pada antunna nanti...sebab itu kte diwajibkan patuh kepada pemimpin kita kan...sebab itu pemimpin boleh ade satu jer...kalau tak boleh kacau bilau persatuan atau organisasi itu....oleh itu..ana pown telah mendecidekan diri untuk hanya setia pada satu halaqoh sahaja...tapi ana tau ana x ikhlas buat keputusan tu...sebab masa 2 ana nak pilih halaqoh yang lebih mudahkan ana...x banyak program luar..program hanya dalaman jer...tapi sebenarnya jauh dipangkal hati ana...ana lebih tertarik dengan halaqoh yang ana ikuti sekarang ni...

sebab ape.....?

Sebab...frist time ana joint halaqoh ni murobbiah ana terus bagi dalil-dalil al-Quran....past 2 die x tengok al-Quran plak 2.....macam dah hafal jer kedudukan ayat2 2.....perg..lagilah kagum...ayat-ayat yang diberi semua sesuai dengan pengisian yang sedang diperkatankan.....ana impress betol lah mase 2...ana tertanya-tanya jugak...akak ni sekolah agama ker dlu?tapi dia kata x........tapi halaqoh ni yang ana pilih untuk tinggalkan gara2 ana mahu halaqoh yang memerlukan komitmen sikit2 jer...x perlukan pengorbanan besar2...aih..yan..yan...

Dan akhirnya Allah Maha Mengetahui...Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....

Ana ditempatkan kembali di UiTM Puncak Alam untuk program degree pulak....Ya Allah pada masa 2 ble tau je dapat Uitm ana tak terkata ape...cam nak nangis jer...sememangnya Allah adalah pemilik segala pencaturan....sebaik mana pown kita mengatur tapi jika Allah tak mengkehendakinya...kita tak akan mampu jayakan misi tersebut..namun pabila Allah dah katakan Kun Fa Ya Kun...semua terjadi hanya atas izinNya....akhirnya ana kembali menyambung halaqoh yang ana tinggalkan dulu.....

Betapa bersyukurnya ana saat ini apabila Allah masih beri kekuatan dan tunjukkan jalan terbaik untuk ana untuk ditarbiyyah dan insya Allah mentarbiyyah orang lain...kerna ana berpegang pada satu hadis nabi...

"Sampaikanlah daripada ku walaupun sepotong ayat"

Di sini ana juga ingin menyeru kepada antunna semua...jangan sesekali takut untuk berbuat kebaikan dengan hanya kerna merasakan diri antunna x layak dan banyak berbuat dosa....tak kan antunna mahu menjadi seperti malaikat baru ingin menyampaikan dan berbuat kebaikan kerna itu mustahil...kerna hanya Allah pemilik segala kesempurnaan...

Halaqoh dan tarbiyyah bukan hanya kepada mereka yang luarnya kelihatan soleh dan solehah..kerna kesolehan dan kesolehahan mereka hanya ada pada nilaian Allah...insan yang berhalaqoh adalah insan yang merasa dirinya penuh dosa dan penuh kekurangan...kerna itu mereka berhalaqoh untuk mengetahui besarnya nikmat pengampunan Allah dan dalamnya cinta Nya pada mereka...kerna hanya dengan halaqoh insyaAllah kita akan sentiasa diperingatkan dan mengingati diri untuk tidak berbuat kejahatan dan kemungkaran....kerna halaqoh mengajar antunna akan suruhan-suruhan,larangan-larangan dan tanggungjawab antunna sebagai khalifah di bumi NYA..

Mahukah antunna menjadi hamba atau makhluk yang dirakamkan Allah dalam surah al A'raf (7:179)...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ya....Allah dah rakam siap2 suruhan dan azabnya pada kita sekiranya kita mengingkari....Alhamdulillah dengan berhalaqoh antunna semua insyaAllah akan sentiasa diperingatkan tentang hukuman-hukuman azab Allah dan balasan-balasan nikmatnya kepada kita.....dengan pembuktian daripada dalil2 al-Quran dan hadis2 Rasulullah dan hadis2 yang lain.....

Ya...ana akui...sebelum ana libatkan diri dalam dunia tarbiyyah ana tak rasa pown yang al-Quran itu hidup dalam hati ana...al-Quran hanya dibaca untuk mendapat pahala dan hanya sebagai amalan yang ana tak rasakan apa2 manfaatnya secara telus.......

Namun...alhamdulillah selepas ditarbiyyah ana dapat rasakan al-Quran hidup dalam hati ana....pabila membacanya ana merasakan seperti ana sedang membaca suatu surat cinta dari Tuan empunya Dunia yang Maha Pengasih Maha Penyayang.....saat membacanya ana rasakan seperti ada jaluran cahaya yang memasuki hati ana....hati ana terasa tenang....dan kini al-Quran merupakan kawan karib ana..kemana sahaja ana pergi pasti al-Quran menemani....walaupun ana x sempat membacanay namun ana rasa tenang dengan hadirnya ia.....pentingnya al-Quran bersama ana sama pentingnya pentingnya handphone pada antunna...

Hinggakan ramai yang mampu mendaki tangga batu caves yang tinggi 2 semata-mata tertinggal handphone namun berapa ramai yang mampu mendaki batu caves itu sekiranya al-Quran yang tertinggal....mari kita renung dan insafi diri bersama....

Dan sekarang...ana bahagia berjuang pada jalan dakwah ini...kerna ana amat yakin dengan janji Allah....yang mana Dia akan membeli samaada diri mahupun harta dari hamba-hambanya yang berjuang pada jalan NYA.....dengan memberikan syurga.... seperti janjinya dalam surah al taubah (9:111) ...syukran Allah...

Dan pada tahun 2012 ini...mimpi yang telah ana lakarkan adalah ingin lebih menjaga hubungan dengan Allah dan manusia...

"hablu minallah...hablu minannas"..

Dan merealisasikan matlamat menjadikan puncak bercahaya....

Moga Allah beri ana kekuatan dan kecekalan untuk teruskan perjuangan.....amin...

Mari melakar mimpi pasti untuk dipahat menjadi realiti bersama ana.........


pena merah