LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Monday, August 23, 2010

bangganya...............



erm......semalam sebenarnya saya baru jer join blog akak nik nur madihah.....kagumnya saya pada dia.....

saya terfikir-fikir adakah saya mampu jadi macam die....iyelah....sapa yang x nak berjaya kan...dah2 2 plak seimbang pembawakan dunia dan akhiratnya plak......

malu rasanya saya pada die......saya pown nak sama-sama ngan kak madihah berjuang membangunkan islam kembali.......berat rasanya tanggungjawab memegang gelaran hamba kepada ALLAH dan khalifah dimuka bumi ini...dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi dengan sebaiknya......semoga diberi kekuatan oleh ALLAH dengan izinNYA......

Sunday, August 15, 2010

akak sayang mak



as-salam semua.....wah..pejam celik-pejam celik rupa-rupanya kita dah sampai 6 ramadhan rupa-rupanya......sekejap jer rasanya kan.....dan tiba-tiba bersinggah lah pulak rasa rindu sangat kat masakan mak kat umah....wah...MAK.....RINDUNYA....semalam saya baru jer sembuh dari demam....alamak....demam lah pulak...inalillah......dugaan tuhan....masa tengah sakit-sakit nie lah yang kita nak sangat mak ada dengan kita kan.....biasa lah tu...rindu pada jagaan mak....kasih sayang mak...senyum ikhlas mak dan semualah pasal mak....wah bertambah sedih nie nampaknya......

mak...akak nak mak tahu satu perkara nie......AKAK SAYANG MAK SANGAT-SANGAT...DEMI MAK AKAK SANGGUP KORBANKAN APE JER....SEGALA-GALANYA MAK......MAK....TERIMA KASIH SEBAB DAH JADI MALAIKAT AKAK DI DUNIA UNTUK MENJAGA AKAK DAN SEGALANYA......

SEMOGA MAK DITEMPATKAN ALLAH DISISI ORANG-ORANG YANG MULIA.......

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN




AS SALAM kepada sahabat-sahabat yang masih setia melayari blog saya.....rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan ahlan wa sahlan ya ramadhan.......hah....RAMADHAN pown datang akhirnya .....kita yang masih mampu melangkah dibumi ALLAH ini sepatutnya menyucapkan syukur pada ILAHI akan nikmat nyawanya kepada kita.....ALHAMDULILLAH....

sahabat-sahabat yang saya sayangi.....apa kata pada RAMADHAN kali ini kita sama-sama menanam azam dan cita-cita untuk memuhasabahkan diri menjadi lebih baik dan mencontohi akhlak RASULULLAH pada bulan RAMADHAN ini.....eh..bukan pada bulan RAMADHAN jer....tapi pada bulan-bulan yang seterusnya pown sama.....BOLEHKAN....

ERM......seronoknya pada RAMADHAN kali nie....saya berpuasa du tempat baru dan pengalaman baru...di UITM.....erm....semestinya pengalaman yang istimewa kan.....InsyaALLAH esok akan bermulanya bulan puasa.....harap-harap malam nie dapatlah bersembahyang terawih kat angsana....wah...sonok-sonok......

InsyaALLAH....kita sama-sama tanam impian dan bermuhasabah agar mendapat keampunan dan kasih sayang ALLAH sepanjang bulan nie ...ok.....

INSYAALLAH....

Friday, August 6, 2010

CINTA KU PADANYA

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi



Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

sayang nya ALLAH




cantiknya pencaturan ALLAH untuk kita.....tadi saya menhadiri ceramah The Recipe of Women....dr ada menyebut tentang ujian ALLAH untuk hamba-hambanya......MasyaALLAH......sayangnya ALLAH pada kita......

dr ada cakap bahawa sebenarnya ujian yang ALLAH datangkan pada kita adalah sama...macam game....meningkat mengikut level....bezanya cuma yang game adalah ilusi manakala ujian ALLAH adalah realiti.....MasyaALLAH...cantik susunannya...cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.....ALLAH juga ada berfirman bahawa dia tidak akan mendatangkan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambanya.....ALLAH akan turunkan ujiannya dengan kemampuan kita......SUBHANALLAH...

kadang-kadang kita semua terlepas pandang dengan benda-benda tersebut....semua orang ingin menghuni syurga ALLAH...tapi kita kena sentiasa ingat bahawa syrga ALLAH itu mahal harganya.....sangt mahal...

Thursday, August 5, 2010

BANGKITKAN ISLAM

AS Salam buat sahabat-sahabat saya......Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat naunganNYA....

tersentak dan terkesima saya seketika bila membaca cita-cita dan impian akhi Hilal Asyraf...walaupun akhi Hilal baru berusia 21 tahun...namun segala tujuan hidupnya dapat dilihat dengan jelas dan terpandu....mabruk akhi......sebagai seorang muslim saya turut mempunyai cita-cita seperti akhi namun tidaklah sehebat perancangan akhi....ini kerna saya merasakan diri ini belum cukup siap untuk keluar berperang diluar sana....justeru...dalam usia ini...saya akan cuba yang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan senjata-senjata ISLAM....

pernah seorang abg senior memberikan sedikit tazkirah kepada kami....dia menyatakan bahawa akan tiba satu ketika umat Islam akan bangkit kembali menguasai dunia....dan AL-Aqsa...pada ketika itu Islam akan bangkit semula...justeru saya ingin tergolong dalam salah seorang umat Islam yang terlibat dalam mencapai kejayaan tersebut...saya tidak mahu hanya menjadi penonton sahaja.....kerna jika ada yang syahid dalam peperangan tersebut....saya mahu salah seorangnya adalah saya...

InsyaALLAH......dengan izinNYA .....

Wednesday, August 4, 2010

Rezeki Mereka

syukur alhamdulillah .....kerana kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk terus hidup dimuka bumi ini untuk memohon keampunan kepadaNYA seterusnya berbakti kepada seluruh masyarakat...

Alhamdulillah sekali lagi saya ucapkan kepada ALLAH Taala atas segala limpah rahmat dan nikmatNYA kepada kita...

saya bukanlah hndak berceramah dalam slot kali ini....tapi ingin mengatakan kesyukuran keatasNYA atas rezeki-rezeki dan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kita.....

sebenarnya.......saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya izza nadmi kerana berjaya menyambung pengajiannya ke MESIR dalam jurusan medic....kita sama-sama lah doakan semoga perjuangannya jauh di bumi orang mendapat berkat dan pertolongan ALLAH....isya ALLAH amin......

sebut pasal MESIR ni kan....wah saya sangat teruja...sebenarnya saya memang nak sangat futher study kat sana....iyolah...Mesir 2..sapa x nak...negara yang terkenal dengan kebaikan dan rahmat-rahmat yang terdapat di dalamnya....pada mulanya saya agak terkilan kerana tak dapat sambung blaja kat sana....tapi lama kelamaan ...saya dapat menerima segala QADAK DAN QADAR ALLAH......

saya percaya ALLAH dah aturkan yang terbaek untuk saya dalam segla hal....lagipun..kita kan kena sentiasa berbaik sangkan dengan ALLAH kerna DIA MAHA ADIL..lagi MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG....saya yakin segala pencaturan ALLAH adalah menunjukkan kasih sayangNYA PADA SAYA.....

I LUV U ALLAH.........

untuk sahabat-sahabat ana yang dapat wat A level n yang dah nak fly 2///buat yang terbaik kerana kamu semua sedang berjihad kepada ALLAH....dan pastikan jihad tersebut sentiasa adalah jihad kelas pertama.....

manakala untuk sahabat-sahabat yang belim berkesempatan untuk meraih kejayaan seperti sahabat-sahabat kte yang laen....ingat ALLAH sentiasa sayang pada kita dan pencaturanNYA adalah THE BEST...

kadang-kadang apa yang kita rasa baik untul kita belum tentu sebenarnya adalah madu ataupun ubat yang boleh melegakan kesakitan kita....sebaliknya yang kita rasakan x baik...pahit dan racun itulah sebenarnya....ubat yang dapat menyembuhkan dan menyelamatka kita......

ALHAMDULILLAH ....
setakat ini sahaja yang saya mampu kongsikan kepada sahabat-sahabat....INSYAALLAH...kita akan jumpa lagi.....DENGAN IZINNYA.....

Monday, August 2, 2010

KEKASIHKU

walaupun aku tidak dapat melihat wajahMU....namun aku yakin aku memiliki cinta dan kasih sayangMU.......KAU sentiasa ada untuk mendengar gelak tangisku...KAU sentiasa memberi kebahagiaan kepadaku... KAU pernah berfirman.... selangkah aku mendekatiMU maka sepuluh langkah KAU berlari padaku.....wahai kekasihku...alangkah bahagianya hidup ini andai sentiasa disayangi dan menyayangi....KAU tidak pernah meninggalkan aku keseorangan dan sendirian....KAU sentiasa memberi pertolongan kepadaku dikala diri ini dalam kesusahan....alangkah bahagianya wahai kekasihku.....YA RABB....tambahkanlah kecintaanku padaMU dan jangan sesekali KAU palingkan aku daripada mengaku bahawa KAU adalah TUHANKU.....

KAU berikan aku lagi kasih sayang dengan mengurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa membimbing dan mengajakku untuk melakukan kebaikan kepadaMU...KAU terlalu AGONG wahai kekasihku...KAU tidak pernah meminta kasih sayangMU dibalas oleh hamba-hambaMU...sebaliknya...KAU menyayangi kami dengan seikhlasnya....bagaimana kami sebagai hambaMU dapat mengucapkan syukur padaMU....ALHAMDULILLAH...kami pohon wahai KEKASIH...ampunkanlah dosa-dosa kami sebanyak pepasir di pantai dan sebanyak buih dilautan....KAU selamatkanlah kami dari siksaan api nerakaMU.....AMIN....