LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Tuesday, October 25, 2011

WAHAI PARA MUJAHID.....

MANISNYA MUJAHIDAH ITU.....

Salam mujahidah untuk sahabat-sahabat ana......Assalamualaikum kalian....moga kalian sentiasa berada dalam redha Tuhan....InsyaAllah......

Ana x terasa nak menyambung entry ana yang lalu....hehehehe...maaf kalian......tiba-tiba pada pagi ni hati ana meronta-ronta nak berkata tentang mujahidah...

Mujahidah berasal dari kata jihad.....yang bermaksud..........

Usaha optimal untuk mengendalikan hawa nafsu dalam rangka mentaati Allah atau lebih dikenal dengan (mujahadatun nafsi), seperti makna kata jihad dalam sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam


المجاهد من جاهد نفسه في طاعة الله

Seorang mujahid adalah orang yang mengendalikan hawa nafsunya untuk mentaati Allah [4]
Selain dua makna diatas adalah seperti makna kata jihad dalam sabda Nabi shallallahu `alaihi wa sallam, ketika seorang pemuda meminta izin beliau untuk berjihad dan beliau menanyakan, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?", ia menjawab," Ya", beliau bersabda," ففيهما فجاهد
optimalkanlah baktimu terhadap mereka. H.R.Bukhari.

Sahabat....... sememangnya istilah jihad ini sering diungkap-ungkapkan oleh para sahabat dan para pejuang islam suatu masa dahulu.....namun kini.....istilah jihad ini kelihatan sangat pelik dan canggung pabila diungkapkan.....

Benar seperti 1 daripada 42 hadis akhir zaman iaitu...:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".

Subhanallah.......kata-kata Rasulullah S.A.W yang amat kita cintai bertahun-tahun dahulu akhirnya hadir menjadi kenyataan........

Sahabat......mari kita menjadi orang yang seperti disebutkan oleh Rasulullah itu......orang yang dipandang asing....Asing bukan kerana tingkahnya seperti alient.....namun asing kerana meletakkan Islam dalam hatinya.......asing kerna mengamalkan ajaran Islam dan sunnah-sunnah Rasulullah tika ini...dan asing kerna ingin jihad seperti para sahabat.....

Mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya......bagaimanakah saat ini kita nak berjihad......Sahabat...mungkin jihad kita pada zaman ini agak berbeza dengan jihad para sahabat suatu ketika dahulu.....

Jihad para sahabat dahulu adalah dengan pergi berperang dan mengangkat senjata untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam......Namun...jihad untuk kita pada zaman ini adalah dengan meninggalkan penyakit WAHN dalam diri.......

Apa WAHN itu???????

Wahn adalah suatu penyakit hati iaitu mencintai dunia dan takut untuk mati.....

Sahabat....Rasulullah sudah bersabda bahawa akan tiba pada suatu zaman pada umatku yang mana pada ketika itu kamu sangat ramai....seperti buih-buih di lautan....namun kamu x mampu untuk menakluk dunia malah kalah kepada orang kafir kerana adanya penyakit WAHN dalam diri kamu.......

MasyaAllah sahabat.....satu lagi peringatan daripada Rasulullah untuk kita.....sayangnya Rasulullah pada kita sahabat.......walaupun Rasulullah x pernah jumpa kita tapi nama kita lah yang diulang-ulang dan disebut-sebut oleh baginda pada akhir hayatnya.....

UMATI ! UMATI ! UMATI !

Sahabat...adakah kau lupa bahawa kitalah umat yang dikatakan Rasulullah pada para sahabat yang mana umat yang amant dicintai Allah......umat yang dicemburui oleh para sahabat.....kenapa ya sanabat????

Kerna...kita adalah umat yang x pernah tatap wajah Rasulullah....x pernah hidup sezaman dengan Rasulullah.......tapi...kita mampu menghidupkan sunnah sunnah baginda dan mengamalkan Islam seperti yang diajarkan oleh Baginda.....

Sahabat.....apakah salah satu sunnah baginda itu???

Jihad lah sahabat....seperti yang telah Allah rakamkan dalam firmannya.....

dalam Surah al-Maidah (5:35)

maksudnya :Wahai orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah)di jalan-Nya, agar kamu beruntung.

Sahabat...tidakkah kalian mahu menjadi seperti orang yang beruntung itu sahabat...Itu janji Allah sahabat....Allah x pernah dan x akan mungkir pada janjinya.....sambutlah seruan Allah itu sahabat...

Sahabat....ana tahu...perjuangan itu menyakitkan....memedihkan...memerlukan pengorbanan....kalau tidak x akan namanya perjuangan kan......

Sahabat....ana sangat sayang pada kalian....jika diizin Allah...ana sangat-sangat mahu berpimpinan dengan kalian di syurga...amin.....

Sahabat...mari kita bangun dari tidur lena.....bangun dari mimpi palsu buatan syaitan laknatullah yang hanya akan sentiasa memperindah maksiat dan kemungkaran......

Surah al-Anfal (8:48)

maksudnya:Dan(ingatlah) ketika setan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan(dosa).....

Surah al-Hijr(15:39)

maksudnya : Ia (iblis) berkata,"Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya....

Masya ALLAH....sahabat.......lihat sahabat...Allah dah kirimkan surat peringatan dan surat cintaNYA untuk kita ambil pengajaran.....kenapa sahabat?kenapa kita masih leka.....tidur di takuk lama.....adakah sahabat menunggu kemusnahan datang baru nak bangun dari tidur......baru nak ambil senjata.....baru nak bersedia.....

dah terlambat sahabat....mungkin sahabat x sempat nak buka mata pown....peluru hasutan syaitan dah bertubi-tubi memusnahkan diri.......mahukah sabahat jadikan segala pengorbanan para sahabat..(saidina hamzah,saidina umar,bilal bin rabah,masyitah,sumayyah,dan pejuang kita salahuddin al ayubi) suatu pengorbanan sia-sia......dan terutama...insan agong kita....

MUHAMMAD BIN ABDULLAH........

Sahabat...tiap kali ana terkenang akan pengorbanan hebat yang diberikan oleh kekasih kita.....tersentap jiwa ini sahabat...hati digores-gores tatkala mendengar Rasulullah tercedera semata mata nak mengembangkan ISLAM.....kerna apa sahabat???Kerna kalau bukan atas perjuangan baginda itu..ana rasa mungkin kita x akan mengecapi nikmat IMAN dan ISLAM pada tika ini sahabat.....

Sahabat.....sanggupkan sahabat melihat Islam terus mundur...dipijak-pijak....dimain-main...dihina-hina....oleh mereka yang dilaknat Allah itu sahabat......

Sahabat.....mari kita bangun bersama-sama bina kekuatan tenaga-tenaga muda kita bersatu dengan tekad perjuang demi agama....

Sahabat berjuang di medan sana....ana berjuang di medan sini......Kita bangunkan umat-umat yang telah tidur terlalu lama ini sahabat....Kita gegar kembali kekuatan Islam dengan tenaga muda kita......seperti gegaran yang diberikan oleh Saidina Umar kepada orang kafir.....Kita bangun seperti singa seperti Saidina Hamzah di medan perang.....Kita perkukuhkan akidah dan tekad jihad seperti Salahuddin al Ayubi di medan perang....seperti ibu yang kehilangan anaknya......

Mari sahabat...kerna dunia benar-benar mahu sampai kepada penutupnya......Kita minta pada Allah sahabat..agar Allah pilih moga kitalah antara orang yang akan membangkitkan Islam kembali sahabat.......

Sahabat....ingat janji Allah dalam surah Muhammad (47:7)

maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama ALLAH, niscaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu.....

Sahabat....sesungguhnya yang baik2 itu semua atas kurniaan Allah...yang lemah lagi tercela itu semua datangnya dari ana.....

Wallahualam.....

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    ni farhanah dini, dah jmpa blog yantie..hehe
    sagt bagus pkongsian ttg jihad ni..truskan2..Ss Allah bsama kita.
    ni blog ana..http://hanadini.blogspot.com/

    ReplyDelete