LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Monday, October 15, 2012

BERSIHKAN PANDANGAN..

Bismillahhirrahmannirrahim.....

Alhamdulillah....Allah izinkan ana nak menconteng di dunia pena ana kali ni....dalam kesibukan tuntutan duniawai....hati mendesak-desak untuk menulis dan mencoret sedikit rasa dan cerita...

Alhamdulillah..banyak cara dan wasilah yang Allah guna untuk didik setiap hamba-hambanya...dan pada hemat ana sebenarnya ia berlaku dalam setiap detik dan ketika...namun bergantung kepada pemilik diri sama ada hendak menilai dan menganalisa segala perkara yang berlaku sebagai didikan..teguran atau hanya umpama angin lalu yang tiada manfaat pada diri...(maka rugilah orang seperti ini)

Sebenarnya...dalam luaran setiap manusia itu tersembunyi sejuta rahsia kelebihan dan kelemahan yang hanya diketahui oleh pencipta diri iaitu Allah Ya Robbi....

Dalam kesopanan tingkah laku....dalam litupan tudung dan baju kurung...dalam leraian rambut yang terurai..langsung tidak menggambarkan siapa sebenarnya diri si dia....

Bleh jadi ia semua menjadi sumber kekuatan untuknya untuk terhindar daripada terjatuh ke dalam kancah maksiat dan dosa....malah boleh jadi juga ia merupakan lakonan watak yang diarahkan oleh dirinya sendiri untuk dikenali sebagai baik dan solehah pada kaca mata umat namun terhina di mata Sang Pemilik Rahmat...

Dunia...dunia....

Semuanya tak seindah yang dicerita dan dilakon layar pada semua...

Bak kata arwah abang ana...

"Dunia ni sebenarnya pentas lakonan...semua manusia berlakon untuk menyembunyikan kelemahan sedia ada yang hanya dipaparkan kelebihan dan lakonan layar untuk meraih perhatian manusia...."

Benar...hingga ana sendiri kadang kala malu pada diri sendiri...ingat diri dan benar menilai hati namun sebenarnya diri masih jauh untuk menilai hati2 ciptaan Ilahi...

Hanya Dia Pemilik segala Pengetahuan...

Kadang....
Yang kita rasakan comel dan sesuai menjadi rakan rupanya ada jarum dalam ikatan...
kadang ...
Yang kita rasakan tak comel dan x padan sebenarnya adalah insan terbaik menjadi teman...

Justeru..
jangan sesekali menilai manusia dari luaran...
telusurilah hatinya dengan mengharap pertolongan Tuhan...
Adakah kau telah merasakan diri baik hingga layak kau menilai hati2 setiap insan..
Entah2 kaulah yang lebih teruk dan terhina di sisi Tuhan..
Sebaliknya merekalah yang dicinta Ar-Rahman...

Mari bersihkan pandangan...
Lihat manusia dengan mata hati dan pertolongan Tuhan...
Agar kau terselamat dari bersangka-sangka dan mencipta dosa free dlm permusafiran...
Dan hati terjaga...mendapat Cinta Dari Tuhan...

No comments:

Post a Comment