LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Saturday, November 27, 2010

Apabila Semua Telah Berubah




Petang ini saya berasa kurang best setelah apa yang berlaku disekeliling saya....hingga saya terfikir apa akan jadi apabila semua benda dan perkara disekeliling saya berubah dengan perubahan yang tidak saya sukai....justeru..saya tergerak untuk menulis hari ini

APABILA SEMUA TELAH BERUBAH

saja saya selitkan gambar di atas sebagai contoh perubahan yang sedang berlaku pada dunia.....ini hanylah contoh perubahan yang kita nampak secara mata kasar kita....yang mungkin ada banyak cara penyelesaiannya............

pada usia saya yang sedang menginjak ke alam dewasa ini...hati kami sedang meronta2 untuk mengalami perubahan.....corrosion2 dalam jiwa mungkin telah lama berlaku tanpa kita sedari....dan akhirnya bencana terjadi...explosion pown meletus akibat tekanan yang telah lama terpendam dalam diri atau sebab ransangan perubahan2 luaran yang menyebabkan explosion itu berlaku.....seperti gempa bumi yang menyebabkan tsunami dan letusan gunung berapi.....akibatnya...banyak kemusnahan berlaku...

adakan itu sekadar BENCANA ALAM biasa ataupun suatu TANDA PERINGATAN untuk kita???????

sama juga seperti perubahan2 pada para muda mudi kita sekarang ini....gejala maksiat menjadi santapan breakfast kita setiap pagi dengan pemaparan gejala membuang bayi dan pembunuhan.....

ADAKAN IA SATU TANDA PENGAKHIRAN DUNIA??????? dan adakah akan ada lagi PERINGATAN2 yang akan diturunkan ALLAH???? mungkinkah ada antara DOSA2 KAMU dan SAYA yang menyebabkan penurunan bencana2 ini??????

ASTAGFIRULLAH HAL AZIM.................(aku bertaubat padamu YA ALLAH)

perubahan2 yang berlaku kini harus diberhentikan....bermula dari diri KAMU dan SAYA sendiri.......

Tapi apabila perubahan2 itu melihatkan "inner exchange".....saya juga terdetik..bagaimana untuk saya mengatasinya......"inner exchange"???????

Perubahan2 ini lebih kearah perubahan rohani yang saya kira apabila ia melanda diri kita....bagaikan ada suatu penyakit misteri yang melanda diri....mengusik jiwa jauh dari ukhrawi...dekat pada duniawi......maksiat disukai.....amalan dibenci....kawan dijauhi...lawan dicari.....syaitan mendekati...malaikat menjauhi.....

SAKIT.....memang SAKIT......kerna saya juga sebagai insan lemah lagi hina kadang kala didekati penyakit ini.....saya tidak menafikan bahawa memang ada insan yang begitu kuat untuk melawan pentogen2 jahat ini daripada merosakkan diri....dalam pada masa yang sama ada juga insan yang turut dijangkiti penyakit ini dan memerlukan ubat antibiotik untuk mengubatinya......namun...sebelum antibiotik diambil....perlukan rawatan doktor terlebih dahulu bagi mendiagnose penyakit dan ubat yang patut diberikan......

SIAPA DOKTORNYA?????

Terdapat 3 doktor yang perlu ditemui terlebih dahulu.....

DOKTOR IMAN

DOKTOR TAQWA

DOKTOR MUHASABAH

DOKTOR IMAN dan TAQWA akan mendiagnose perubahan2 pada diri.....proses diagnose ini akan dilakukan denagn melakukan parameter iman dan taqwa.....sekiranya parameter ini menunjukkan level iman dan taqwa menurun tanpa ada getaran untuk meningkat...maka...pesakit telah dijangkiti penyakit......dan DOKTOR MUHASABAH akan memberikan ubat2 yang bersesuaian seperti....

  1. ubat taubat nasuha ( ubat ini perlu diambil setiap hari......dengan azam untuk sembuh dan meninggalkan amalan2 yang bertentangan dengan perintah ALLAH sekeras-kerasnya dan dilakukan dengan penuh rasa rendah diri dan memohon pada ALLAH agar menaikkan level iman dan taqwanya)
  2. ubat zikir ( ubat ini perlu diambil setiap waktu......)
  3. ubat hati ( ubat ini juga perlu diambil setiap waktu....antara kandungan ubat ini ialah....menjaga mata...menjaga telinga..menjaga mulut...dan semua pancaindera...)

InsyaALLAH dengan bekalan ubat2 ini mampu menyembuhkan kembali para pesakit......sahabat2 dan teman2 berperanan untuk memerhatikan simpton2 penyakit ini sama ada melanda diri sendiri ataupun orang terdekat.....segeralah berjumpa dengan doktor2 anda apabila anda merasakan kurang selesa dengan hati dan jiwa anda........

Sama2 lah kita memohon pada ALLAH agar sentiasa memelihara hati kita daripada perkara mazmumah.....dan memenuhkan hati kita dengan perkara2 mahmudah......serta mematikan kita dan keluarga kita dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH........


No comments:

Post a Comment