LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Saturday, December 10, 2011

TEPUK DADA TANYA IMAN

Alhamdulillah....setelah sekian lama tidak menulis.....akhirnya hari ini mampu mencuri-curi masa bagi melakar lukisan hati.....

Kesibukan yang menghimpit-himpit memaksa diri untuk tidak menulis...walau kadang-kadang banyak buah fikiran yang ingin dilakarkan...sekadar perkongsian.....

Tiba-tiba teringat kepada hadis yang pertama saya hafal iaitu sebuah hadis akhir zaman yang telah disabdakan oleh Rasulullah beratus tahun dahulu.....

ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".

H.R. Muslim

Keadaan dan norma masyarakat kini benar-benar tenat dan memerlukan banyak bantuan pertolongan.....terlalu banyak penyakit dan virus-virus berbahaya yang telah datang menyerang....

Hingga apabila kebaikan yang dilakukan diri terasa sangat pelik dan aneh... manakala kejahatan yang berleluasan dianggap sebagai perkara biasa oleh masyarakat yang telah dibutakan matanya.....

Semua sensori keimanan masyarakat telah rosak dan tidak mampu mengenal kesakitan yang menimpa iman....iman semakin hari semakin parah dan lelah....menunggu masa untuk dibelah......

Namun....wahai umat yang masih celik....yang masih hidup sensori-sensori tubuhnya....jangalah kamu takut pabila mahu melakukan kebaikan.....pabila mahu melakukan amanah Tuhan.....kerna sesungguhnya kamulah orang yang beruntung di kalangan hamba-hambanya......

Allah telah berfirman dalam surat cintanya....

Surah an-Nur (24: 55)

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang diantara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama mereka yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka .setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka (tetap) menyembah dengan tidak mempersekutukan KU dengan sesuatu pun.Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Ternyata Allah telah berfirman beratus tahun dahulu tentang janjinya.....mengapa kita tidak mahu ambil tahu.?Mengapa kita tidak mahu peduli? Mengapa kita memilih untuk memekakkan telinga...membutakan mata?Jangan sampai janji Allah turun dengan amaran daripada surat cintanya juga....

Surah al-Araf (7:179)

Dan sungguh, akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati ,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat (Allah).Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lengah.

Seperti yang telah ternyata di atas bahwa Allah telah menyatakan dengan lari daripada keterangan kita tidak kurang malah lebih teruk daripada haiwan ternak....

Manusia yang pada azalinya ...secara fitrahnya diciptakan dengan penuh keistimewaan dan kelebihan diiktiraf Allah menjadi lebih teruk daripada haiwan ternak....

MasyaALLAH...hingga begitu sekali keterangan...janji dan peringatan Allah untuk kita.....

Sekiranya bukan kita yang berjuang dan menggengam bara-bara api keimanan ini...siapa lagi yang akan melakukannya....haiwan kah...tumbuhan kah...atau ada makluk yang lebih hebar daripada kita untuk melaksanakan amanah Allah ini.....

Tidak banyak yang Allah minta kita lakukan untuknya berbanding nikmat-nikmatnya pada kita.....

1. Hidup untuk menyembah Allah dan melaksanakan ibadah kepadanya..( Surah al-Dzariyat(51:56))

2. Sebagai khalifah dan pentadbir di alam ini...(Surah al-An'am(6:165))

Cuma 2 itu sahaja yang Allah minta kita lakukan padaNYA......

Mari renung kembali tabung amalan diri...adalah sudah penuh tabung amalan itu sehingga melayakkan kita untuk tinggal di syurga hingga kita mampu bersenang lenang di dunia.....

Umar al khattab sendiri begitu takut dengan keadaan dirinya hingga dia berkata

" sekiranya semua umat ditempatkan di dalam syurga kecuali seorang...dan aku takut orang itu adalah aku"

Sahabat yang sememangnya telah dijanjikan syurga oleh Allah mampu untuk merasa sebegitu takut....kita????bagaimana????x malukah kita???

Mengatakan diri ingin masuk syurga namun berperilaku dengan pakaian ahli neraka....

tepuk dada tanya iman...

-pena merah-



No comments:

Post a Comment