LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Monday, August 2, 2010

KEKASIHKU

walaupun aku tidak dapat melihat wajahMU....namun aku yakin aku memiliki cinta dan kasih sayangMU.......KAU sentiasa ada untuk mendengar gelak tangisku...KAU sentiasa memberi kebahagiaan kepadaku... KAU pernah berfirman.... selangkah aku mendekatiMU maka sepuluh langkah KAU berlari padaku.....wahai kekasihku...alangkah bahagianya hidup ini andai sentiasa disayangi dan menyayangi....KAU tidak pernah meninggalkan aku keseorangan dan sendirian....KAU sentiasa memberi pertolongan kepadaku dikala diri ini dalam kesusahan....alangkah bahagianya wahai kekasihku.....YA RABB....tambahkanlah kecintaanku padaMU dan jangan sesekali KAU palingkan aku daripada mengaku bahawa KAU adalah TUHANKU.....

KAU berikan aku lagi kasih sayang dengan mengurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa membimbing dan mengajakku untuk melakukan kebaikan kepadaMU...KAU terlalu AGONG wahai kekasihku...KAU tidak pernah meminta kasih sayangMU dibalas oleh hamba-hambaMU...sebaliknya...KAU menyayangi kami dengan seikhlasnya....bagaimana kami sebagai hambaMU dapat mengucapkan syukur padaMU....ALHAMDULILLAH...kami pohon wahai KEKASIH...ampunkanlah dosa-dosa kami sebanyak pepasir di pantai dan sebanyak buih dilautan....KAU selamatkanlah kami dari siksaan api nerakaMU.....AMIN....

No comments:

Post a Comment