LUKISAN HATI

ASSALAMUALAIKUM....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

ASSALAMUALAIKUM...W.B.T

salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat yang datang....

teruskan membaca blog saya .....

semoga ianya dapat memberi faedah kepada sahabat semua

Wednesday, August 24, 2011

Quote...

Sebenarnya ana tak tau nak tulis apa....tapi hati terasa seperti mahu melukis sesuatu di atas maya dan tangan pula seperti meronta-ronta mahu berlari di atas keyboard.....tiba2 terdetik mahu menulis kembali nukilan-nukilan indah yang tersimpan dalam catatan diari sekadar mahu berkongsi.....

PENAT PADA DUNIA

Ketika wajah ini penat memikirkan dunia..maka berwudhuklah...
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita maka bertakbirlah..
Ketika bahu tidak terdaya memikul amanah maka bersujudlah...
Ikhlaskan semuanya dan dekatkanlah diri pada Allah s.w.t....di saat orang lain angkuh..
Agar kita teguh di saat orang lain runtuh...
Agar kita tegar di saat orang lain terlempar....


SIAPA GADIS IDAMAN ITU

Gadis itu wajahnya berona Nur Iman...
Mahkotanya dilitupi tanda kehormatan..
Maruah diri dipagari dengan kesopanan..
Dialah puteri indah Rupawan..
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri..
Dia hias Bur Ilahi pada wajahnya..
Tika gadis lain sibuk mencari Sang Putera..
Dia selesa bersama Cintanya..
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga...
Dia tekun dengan bait kata Tuhannya..
Tika gadis lain sibuk menangisi pemergian Sang Arjuna..
Dia tangisi kehinaan diri sebgai hamba..
Gadis itu seperti mawar berduri..
Indah dipandang namun sukar dipegang..
Mulianya kerana Ketaqwaan..
Cantiknya kerana keperibadian Akhlak Mulia..
Kerana itulah dikatakan dia
GADIS IDAMAN.....

Aku juga insan biasa yang bertatih dalam mencari cahaya redha Nya dalam kelam gelap malam....
Aku juga insan biasa yang sering tersungkur dalam langkahan perjalanan panjang...
Aku juga insan biasa yang sering berbuat dosa dan melanggar suruhanNYA...
Aku juga insan biasa yang mahu mencintai dan dicintai..mahu menyayangi dan disayangi....

Benar...langkahan ku sentiasa tersasar..tersalah arah..
Benar..aku sering membuat onar...
Benar..kadang kala aku kalah pada tuntutan dunia....

Namun...aku sentiasa mahu bnagun dari jatuhku....
Namun...aku sentiasa mahu berpatah balik dari salah arahku....
Namun..aku sentiasa mahu kasih dan pengampunan dariNYA...
Kerna..aku yakin hanya dengan satu perkara

HIDUP HANYA MEHU MENDAPAT REDHANYA.....



No comments:

Post a Comment